Sunday, March 18, 2018

Andai “ DIA “ Anakku



Andai ‘DIA’ anakku,
Tak sanggup rasanya hati ini melihat tubuh badannya terluka,
Hati keibuanku tersentuh,
Melihat gambar anak-anak Palestin yang dibom Zionis laknatullah,
Badan terluka, mata buta, kaki hancur, otak terlerai,
Apa salah anak-anak ini,
Apa dosa mereka terhadap kau binatang zionis,
Sungguh kejam kau perlakukan anak –anak ini,
Kau tak layak digelar manusia
Bahkan tak layak diambung dimata dunia
Taraf kau zionis hanya layak untuk haiwan
Haiwan pun masih ada hati nurani menyusu dan melindungi anak
Mungkin kau tak layak juga digelar binatang
Kau hanya layak digelar Iblis Laknatullah bertopengkan manusia

Andai “DIA” anakku,
Hati keibuanku sakit dan pilu,
Melihat gambar anak-anak Syria dibom Rejim Bashar al-Assaad Laknatullah,
Kaki berkecai, wajah hancur, perut terburai,
Mereka tiada dosa terhadap kau binatang Syiah,
Kau tak dilayak digelar manusia,
Kerana kau tiada hati nurani,
Sanggup kau bunuh anak-anak yang tak berdosa itu
Kau juga tak layak digelar manusia dan haiwan
Kerana hati kau hanya bersarang Iblis Laknatullah
Andai “DIA” anakku,
Tumpah air mataku,
Melihat gambar anak-anak Syria dan palestin bersilih ganti dibom dengan bom kimia
Sesak dadaku melihat detik-detik kematian mereka
Menahan sakitnya sakaratul maut
DIsaat terhidu bahan kimia yang membunuh
Kejam sungguh kau sang zionis dan sang Rejim Bashar al-Assaad
Tegar sungguh hatimu
Membunuh anak-anak yang tak berdosa itu
Sungguh kau memang Iblis Laknatullah

Andai “ DIA” anakku
Tak sanggup rasa hati keibuanku
Melihat gambar anak-anak berusia 2-3 tahun jalan di tengah padang pasir yang tandus seorang diri
Membawa beg plastik yang berisi baju ibu dan ayahnya yang telah tiada
Pergi dari tanah airnya untuk menyelamatkan diri
Sungguh ku tak sanggup
Apakah yang dimakan dan diminum sepanjang perjalanan
Apakah kesejukan tidak membahayakan nyawa mereka
Ini semua atas kekejaman kau sang  zionis dan sang Rejim Bashar al-Assaad
Kau punca anak-anak ini kehilangan tempat mereka bergantung
Tempat anak-anak ini ingin bermanja
Kau rampas hak asasi mereka untuk sihat membesar ceria
Kau rampas senyuman diwajah mereka
Kau memang kejam dan zalim sang zionis dan sang Rejim Bashar al-Assaad




Andai “ DIA” anakku
Anakku sendiri pun bila dicucuk jarum akan menangis disebabkan kesakitan
Apatah lagi anak-anak Syria dan palestin yang terpaksa
Menanggung 200% kesakitan apabila dibom
Kulit melepuh terbakar
Kaki patah tertindih bangunan
Mata rosak terkena serpihan bom
Tegar sungguh hatimu sang zionis dan sang Rejim Bashar al-Assaad
Tegar kau merosakkan hak asasi seorang kanak-kanak
Tegar kan kau membunuh
Ketahuilah wahai sang zionis dan sang sang Rejim Bashar al-Assaad
Mereka anak-anak syurga yang pasti akan ke syurga
Namun kau tak tahukah balasan Allah buat kalian di akhirat kelak
Balasan yang setimpal dengan “Hadiah” kalian buat anak-anak syurga ini
Ketahuilah kalian akan tahu kelak


Ya ALLAH SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang
 Hanya KAU sahaja yang sentiasa ada dengan mereka
Jagakanlah anak-anak Syria dan  Palestin ini
Peliharalah mereka Ya Allah

Wallahua’alam

Nukilan Anis Sakinah Binti Rosli
Pegawai Pentadbiran dan Kewangan
Aman Palestin Negeri Sembilan
10.49 am, 19/03/2018

No comments:

Post a Comment