Monday, November 13, 2017

Homeschooling untuk anak 2 tahun

Assalammualaikum semua. Alhamdulillah anis berjaya memulakan projek homeschooling untuk anak pertama saya Hafsah. Seronok tengok dia boleh belajar dan mengenal huruf Alphabet. 13 November 2017 anis mulakan dengan belajar huruf A. Ini adalah beberapa kaedah yang anis buat pada hafsah. Menampal huruf, mewarna huruf, polkadot huruf A dan susun lego pada huruf.



Selesai melakukan aktiviti ini, apabila saya bertanya pada hafsah ini huruf apa? Dia menjawab dengan mudahnya. A.

Memang berkesan teknik ni untuk ajar anak mengenal huruf. Saya ambil silibus daripada laman ni http://thislittlehomeofmine.com/two-year-old-homeschool-preschool/

Mak-mak diluar sana sekira berminat nak buat homeschooling dengan anak berusia 2 tahun  silalah ambil silibus dari sini. Mungkin la agak mahal kalau nak beli semua bahan. Ikutkan anis, anis guna saja apa bahan yang ada dirumah.Lebih menjimatkan. Lepas ni anis nak cuba cari bahan-bahan lain untuk membantu lagi menjayakan homeschooling untuk hafsah.

Untuk anak-anak ni kita jangan terlalu mengharap yang tinggi-tinggi. Nanti kita sendiri yang akan kecewa jika anak tak mencapai apa yang kita inginkan. Apa yang boleh kita buat berdoa semoga Allah memberi anak-anak ini kefahaman agamanya dan mengamalkannya.



Saya pengedar shaklee yang sah. Bulan ni ada Promo Vitalea For Children. Jom usaha yang terbaik untuk anak-anak kita.


No comments:

Post a Comment